Komen hakim :
Gambar ini menepati tajuk dan memenuhi prinsip fotografi iaitu ‘one third rule’.di mana objek yang hendak dipaparkan hendaklah tidak lebih daripada 1/3 daripada keseluruhan gambar. Teknik fotografi juga amat baik di mana tiada overexpose(terlebih terang) dan tiada underexpose(terlebih gelap). Yang paling menonjol ialah perspektif jurugambar ini dapat diterjemahkan dengan baik sekali.
Tajuk : keluar kerja pagi buta, balik rumah senja-senja
Komen Hakim :
Gambar yang menarik juga dan masih memenuhi ‘one third rule’. (awan, matahari dan bangunan). Bentuk bangunan yang gelap menjadi latar horizon yang menarik. Lebih dan amat menarik sekiranya ada ‘landmark’ tertentu di kalangan bangunan yang menjadi latar horizon. Dedahan yang digunakan tepat dan berjaya merakamkan suasana yg dilihat.
Tajuk : Awan dari kapalterbang
Komen Hakim :
Masih mengekalkan 1/3 rule dengan perspektif yang menarik daripada dalam kapal terbang. Lebih menarik jika sayap kapal terbang berada di bawah horizon laut supaya kontras warna antara awan dan laut boleh dilihat dengan jelas. Teknik adalah biasa (snapshot) dan tidak dirancang.